Gambar: PERKASA Akui Terlibat Baling Telur dan Batu Di Merlimau




Insiden membaling telur dan batu dalam acara melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Melaka Sabtu lalu melibatkan PERKASA dan Umno walau dinafikan oleh Ibrahim Ali seperti kenyatan dalam Malaysiakini.

Sumber dalaman UMNO memberitahu, mereka memang terlibat dan dalang utama adalah UMNO dan PERKASA. Mereka merancang daripada awal setelah mendapat isyarat daripada kepimpinan UMNO Melaka dan akan bertindak seperti yang dirancang.

Pihak polis juga tidak banyak membantu menyuraikan keadaan seolah-olah polis tidak mempunyai telur jantan dalam mengawal keadaan sebaliknya jika perhimpunan BERSIH 3.0, mereka seperti menggila dan membabi buta. Itulah sikap pihak keselamatan.

Pihak keselamatan sepatutnya dapat mengawal keadaan daripada berlarutan sehinggakan merosakan harta benda awam. Adakah kerana Pakatan Rakyat, pihak polis tidak campur tangan dalam menangani keganasan dan ini boleh menghakis keyakinan orang ramai kepada polis.

Diminta setiap yang berlaku agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang serius sebelum kejadian yang tidak diigini berlaku seperti di Merlimau. Laksanakan tugas dengan adil semoga kredibiliti tidak dicemari oleh najis UMNO.

Comments

aidila said…
Salam Encik Raja Ban Jir, saya wartawan Malaysiakini. Kami berminat bercakap dengan sesiapa yang berada di tempat kejadian. Mohon Encik Raja call pejabat kami di 03-22835567 atau emel saya di aidila@malaysiakini.com.

Terima kasih.